Sunday 16 September 2012

my mother's recipe


Hari nie tiba-tiba pulak terasa rajin nak post pasal my family's and my friend's favourite iaitu 

Sambal Belimbing Buluh 

Disebabkan ramai sangat yang berminat dengan hidangan ni, so aku meringankan jari-jari aku ni untuk menulis resipi mak aku ni. Sebenarnya nak buat hidangan ni bukannya susah sangat pun tapi memerlukan kesabaran yang tinggi sebab nak rebus belimbing tu memerlukan masa yang lama. Ni aku bagitahu dulu macam mana nak rebus belimbing ni. Biar aku ajar dulu macam mana nak rebus belimbing ni.
1.Mula-mula korang mestilah ada belimbing buluh. Ala, belimbing yang kecik-kecik tu. Bukan yang bentuk bintang tu.
2.Lepas tu korang kena ada tin biskut yang dah kosong. Korang boleh je nak guna periuk tapi masalahnya periuk tu arwah la jawabnya lepas rebus belimbing tu.
3.Masukkan belimbing tu ke dalam tin biskut.
4.Masukkan garam secukup rasa.
5.Lepas tu letak la kat atas api.
6. Biarkankan belimbing tu kering dan berwarna kehitaman. 
Ha, satu yang lain daripada yang lainnya pasal rebus belimbing ni ialah kita rebus dia tak guna air sebab air belimbing tu akan keluar dengan sendirinya. Biasanya belimbing ni direbus lebih daripada 2 jam. Ala, biar je kat atas dapur tu. Zaman nenek aku dulu diorang guna dapur kayu.

Okey sekarang cara-cara nak masak sambal belimbing ni pulak. 
Bahan-bahan utama yang diperlukan ialah:
1.cili api 
2.belimbing buluh yang dah direbus tadi
3.bawang merah (tak kira la besar ke kecik)
4.ikan bilis (sape-sape alergic tak boleh makan la jawabnya)
5.minyak masak
6.garam
7.perisa tambahan (kalau suka)

Cara-caranya (koya chef kejap)
1.Kisar cili, bawang, belimbing yang dah direbus tadi sehingga halus 
(campurkan sahaja)
 2.Kemudian, ikan bilis dikisar kasar.
3.Setelah itu, minyak dipanaskan di dalam kuali.
(minyak ni kena banyak,agak-agak bahan yang dah dikisar tadi boleh terendam keseluruhan)
4.Tumislah semua bahan yang dikisar tadi sampai warnanya kehitaman.

Ni ada sikit tips
1.Air rebusan belimbing tadi boleh juga dibuat air asam ikan bakar
2.Api nak rebus belimbing tadi kenalah dalam kadar perlahan sahaja
3.kalau tak jadi, datang sendiri rumah orang pahang <terutama lipis> untuk belajar resipi ni.
3.boleh dimakan dengan apa cara. Lagi best makan pagi-pagi dengan nasi yang panas. Makan dengan roti pun sedap. 




Ni la hasil akhirnya. Sure korang akan terpikat punyalah.
Thx to my abang sebab tolong capture gambar nieyh.
<credit to him>



p/s : ada gaya jadi chef tak??hehe