Tuesday 5 January 2016

Science Stream??

Mesti ramai adik adik yang baru masuk tingkatan 4 *geli pulak tulis adik adik ni* dalam dilema kan nak ambik aliran mana. 'Aku kena ambik aliran sains sebab abang kakak aku ambik aliran sains', 'awak kena ambil aliran sastera sebab awak  kena jadi lawyer macam ayah awak. Senang nanti nak ambil alih firma' yada yada.
Sejujurnya, ambil laa apa yang awak minat. Bukan sekadar nak ambil hati mak ayah, sekadar nak ikut kawan, sekadar nak tunjuk hebat kat sedara mara, makcik peah sebelah rumah yang awak ni hebat dan boleh bawak subjek sains tu padahal waktu PMR/PT3 awak punya sains tu sekadar dapat C,D,E. Bukan nak memperlekehkan ke ape ke tapi this is the truth. The sad truth that we need to face it. Haa gitu kau. 
Tapi ni laa mentaliti masyarakat sekarang ni. Tak ambil aliran sains tu macam dah gelap terus masa depan tu. 'Awak nak kerja apa nanti kalau tak ambil aliran sains?' Seriously PARENTS? Banyak lagi kot skop kerjaya tu. Luas lagi. Dalam dunia ni bukan ade kerja jadi engineer atau doktor je. Banyak lagi kott kerjaya yang ada. akauntan, lawyer, human resource. And please laa jangan bebankan anak-anak awak tu. Awak dah boleh tau setakat mana kebolehan anak awak tu. Kalau dah math masa menengah rendah pun tak boleh score, macam mana nak handle addmath dengan fizik nanti? 
"Addmath tu penting sebab nanti dah masuk U senang" Yeah *roll eyes* memanglaa penting kalau awak ambil subjek Sains jugak waktu dekat U nanti. Sorry to say tapi you guys have such a pathetic mind.
Orang sekeliling akan tengok awak yang ambil science stream ni hebat, cerdik. Tapi apa guna awak masuk science stream kalau awak tak mampu nak score? And pada saya laa, takdek guna awak ambil subjek macam fizik, kimia, addmath, biology kalau tak lulus waktu SPM and lepas tu subjek tu tak di tulis pun atas sijil SPM tu. Sangat laa merugikan bila awak dah belajar dua tahun subjek tu tapi tak boleh score lepas tu masuk U awak belajar benda yang takdek kaitan pun dengan aliran yang awak belajar waktu sekolah, 
Percayalah, bila dah masuk U ni awak akan rasa sangat bersyukur untuk sambung apa yang awak dah belajar waktu sekolah / matrik sebab awak dah ade basic sikit. 
Bukan nak condemn ke nak takutkan ke lepas tu tak payah masuk Science Stream langsung, tapi ni laa yang sebenar-benarnya. And saya sendiri budak Science Stream dan saya dah lalui semua ni.
Kalau awak betul betul minat benda tu takpe sebab awak akan sedaya upaya push diri awak untuk score dalam subjek sains tu. Tapi kalau awak minat, kenapa waktu PT3 dulu tak buat betul betul dan tak score?
"eleh cakap senang laa ko tak pernah amik PT3, susah tau tak soalan dia"
Yes I know benda tu susah. Habis tu tak pikir fizik kimia bio addmath tu susah dia macam mana? Dahlaa sains tu di pecah kepada 3: fizik kimia bio lepas tu maths tu pulak di pecahkan lagi jadi modern maths, addmaths, fizik. Awak fikir ape sekarang ni? Self torture? Lepas tu mula laa merungut susah, menyesal ambil aliran ni yada yada.
Apa-apa jelah dik. Tak kisah kalau nak ambil Science Stream tu tapi awak tengok balik result awak, tenung dalam dalam, pikir masak masak. Jangan laa ikut cakap orang lain. mak ayah ke, adik beradik ke. Awak yang nak belajar bukannya diorang. Nanti awak tak boleh nak carry sesuatu subjek tu awak nak rujuk dekat siapa? "Abang tak tau laa dik nak buat macam mana sebab abang tak belajar benda ni". "Mana laa akak tau. Awak yang belajar". Ko rase???
Saya bukan tulis entry ni sekadar suka suka. Tapi ni berdasarkan pengalaman sendiri, pengalaman orang sekeliling.
Kepada yang dapat Science Stream and boleh bawak, tahniah and goodluck. Semoga berjaya and one more thing, dalam dunia ni bukan sekadar jadi doktor dengan engineer je. And course lelong dekat U nanti bukan untuk loser je.