Wednesday 25 May 2016

Awak!

Awak! saya dengan kawan saya dah lama nampak awak. Tapi tak berani nak tegur. Yelah, orang handsome macam awak mana nak perasan saya ni. Lagipun awak dah ada dia. Dahla tinggi, cantik pulak tu. Untung kawan saya tu, sama course dengan awak, selalu sama kelas dengan awak. Awak nampak macam cold, tapi kawan saya cakap kalau dah berkawan dengan awak, awak sebenarnya kuat main main. Untungnya dia sebab dapat awak. Awak pun ramai peminat. Saya taknak develop rasa suka kat awak. Bye awak. Semoga awak dengan dia bahagia.

Saturday 21 May 2016

Guy's attraction


Tak tahu laa, tiba tiba rasa nak cakap pasal benda ni but here are the list that I find it attractive if a guy do/wear this. So saya minta maaf awal awal dan banyak banyak kalau guys rasa I'm creepy or what not sebab if I see someone with one these criteria, I can't keep my eyes off them.

#1. Pakai jam tangan kanan

Image result for lelaki pakai jam tangan kanan

I don't know, maybe sebab it's a rare trait kut. Susah nak jumpa lelaki yang pakai jam tangan kanan ni. Tak kisah laa jam besi ke jam kulit ke jam getah ke, yang penting dia pakai jam tangan kanan.

#2. Guys with beanie

Image result for handsome guys with beanie

bukan snowcap, tapi beanie. Bukan jugak laki yang ada bini hokayyy. Tapi tengok cara di pakai jugak laa. Kalau dah pakai macam orang tua pakai serkup kepala nak turn on cemananya. Lagi satu takkan laa pakai time tengah panas. Peluh kott.

#3. Guys with hair bun


Image result for king of man bun

Call me crazyyy tapi serius talk, handsome kut laki with hair buns nak nak kalau messy macam Brock O'Hurn ni haa.

#4 monochrome shirt

Tak perlu gambar kut sebab lelaki yang pakai tshirt either white or black ni memang attractive. Ada orang buat experiment, perempuan akan lebih tertarik pada lelaki yang pakai tshirt putih berbanding warna yang lain. So guys, pakai tshirt pagoda je lepas ni. K tipu. 

Sebenarnnya banyak lagi tapi aku malas dah nak tulis hahah
Alah korang google jer dekat youtube ada buzzfeed video what girls find attractive at men, banyak gila kott. Yang lelaki find attractive kat girls pun banyak. 
Bye. Oh ya, gambar credits google kayy.



Thursday 19 May 2016

Isu Sensitip??

Okay, tadi baru lepas buat pembentangan video hubungan etnik. Salah satu kumpulan buat pembentangan mengenai isu sensitif yang terdapat di Malaysia macam isu agama, hubungan antara kaum etc etc. Ada la student yang cakap "berani gila group ni cakap pasal benda ni". Aku terfikir, kenapa masyarakat terlalu susah untuk berbincang pasal benda ni. Bila terpacul je topik ni semua cakap isu ni tak elok nak bincang, sensitif. Pada aku la, selagi isu isu macam ni dikategorikan sebagai sensitif, selagi tu laa isu ni takkan selesai. Kau tahu ade benda yang tak kena tapi kau tak berani nak suarakan sebab tak nak ada pihak yang tersinggung. Pihak "atasan" akan seboleh bolehnya cuba untuk selindungkan benda ni dan berlagak macam tak ada apa apa yang berlaku sebab diorang taknak kedudukan diorang tergugat dengan isu-isu macam ni. Sekurang kurangnya bila kita bincang pasal benda ni kita boleh buat penambahbaikan ke ape ke dan secara tak langsung minda akan lebih terbuka. Bukan jadi macam katak bawah cawan kaca.

Lagi satu masa pembentangan tadi, ada satu kumpulan cakap "pihak berwajib haruslah menganjurkan program gotong royong...". Serius, buat laa program gotong royong setiap hari pun kalau diri sendiri tak berubah, takkan kemana pun. Takkan nak harapkan pihak berwajib untuk anjurkan semua benda? Yang penting diri sendiri tu. Tak boleh ke kalau nampak sampah tu tolong kutip, tolong buang. Yang penting diri sendiri tu, malas sangat ke nak buang sampah sendiri? Takkan nak harapkan makcik tukang sapu buangkan sampah kau? Belajar tinggi tinggi tapi sampah sendiri makcik tukang sapu yang tolong buangkan. Sifat kemanusiaan tu pergi ke mana? Badan sado sado tapi sampah makcik tukang sapu yang tua yang buangkan. Tak rasa malu ke?

Tak, ni bukan marah ke berang ke, ni pasal realiti masyarakat kita sekarang ni. Konon nak jadi negara pertama dunia. Kalau otak tu masih macam masyarakat negara ke tiga ke empat, jangan mimpi laa nak jadi negara pertama dunia. Jauh lagi nak capai.

Tuesday 17 May 2016

Better Place ~~

For everyone that has come and go in my life, thank you so much for being there beside me and have taught me about life either in an implicit way or vice versa. You guys are so awesome in your very own way. without you guys I would never be who I am and be accepting who am I right now. It's a short entry here.