Sunday, 16 September 2012

my mother's recipe


Hari nie tiba-tiba pulak terasa rajin nak post pasal my family's and my friend's favourite iaitu 

Sambal Belimbing Buluh 

Disebabkan ramai sangat yang berminat dengan hidangan ni, so aku meringankan jari-jari aku ni untuk menulis resipi mak aku ni. Sebenarnya nak buat hidangan ni bukannya susah sangat pun tapi memerlukan kesabaran yang tinggi sebab nak rebus belimbing tu memerlukan masa yang lama. Ni aku bagitahu dulu macam mana nak rebus belimbing ni. Biar aku ajar dulu macam mana nak rebus belimbing ni.
1.Mula-mula korang mestilah ada belimbing buluh. Ala, belimbing yang kecik-kecik tu. Bukan yang bentuk bintang tu.
2.Lepas tu korang kena ada tin biskut yang dah kosong. Korang boleh je nak guna periuk tapi masalahnya periuk tu arwah la jawabnya lepas rebus belimbing tu.
3.Masukkan belimbing tu ke dalam tin biskut.
4.Masukkan garam secukup rasa.
5.Lepas tu letak la kat atas api.
6. Biarkankan belimbing tu kering dan berwarna kehitaman. 
Ha, satu yang lain daripada yang lainnya pasal rebus belimbing ni ialah kita rebus dia tak guna air sebab air belimbing tu akan keluar dengan sendirinya. Biasanya belimbing ni direbus lebih daripada 2 jam. Ala, biar je kat atas dapur tu. Zaman nenek aku dulu diorang guna dapur kayu.

Okey sekarang cara-cara nak masak sambal belimbing ni pulak. 
Bahan-bahan utama yang diperlukan ialah:
1.cili api 
2.belimbing buluh yang dah direbus tadi
3.bawang merah (tak kira la besar ke kecik)
4.ikan bilis (sape-sape alergic tak boleh makan la jawabnya)
5.minyak masak
6.garam
7.perisa tambahan (kalau suka)

Cara-caranya (koya chef kejap)
1.Kisar cili, bawang, belimbing yang dah direbus tadi sehingga halus 
(campurkan sahaja)
 2.Kemudian, ikan bilis dikisar kasar.
3.Setelah itu, minyak dipanaskan di dalam kuali.
(minyak ni kena banyak,agak-agak bahan yang dah dikisar tadi boleh terendam keseluruhan)
4.Tumislah semua bahan yang dikisar tadi sampai warnanya kehitaman.

Ni ada sikit tips
1.Air rebusan belimbing tadi boleh juga dibuat air asam ikan bakar
2.Api nak rebus belimbing tadi kenalah dalam kadar perlahan sahaja
3.kalau tak jadi, datang sendiri rumah orang pahang <terutama lipis> untuk belajar resipi ni.
3.boleh dimakan dengan apa cara. Lagi best makan pagi-pagi dengan nasi yang panas. Makan dengan roti pun sedap. 




Ni la hasil akhirnya. Sure korang akan terpikat punyalah.
Thx to my abang sebab tolong capture gambar nieyh.
<credit to him>



p/s : ada gaya jadi chef tak??hehe

Thursday, 23 August 2012

jabbawockeez!!!


Haritu bukak youtube tetiba pulak ternampak link group nieyh. JABBAWOCKEEZ  y'allz!
okey aku tau lar aku lambat giler pasal dance group ni tapi apa yang membuatkan aku tertarik dengan group ni ialah cara diorang menari, keseragaman diorang tu. tak caya? ce tengok ni


 
memang tak boleh nak kata apalah kenn step diorang nieyh. Yang paling bestnyer ialah budak kecik tu menari. memang tak sangka langsung yang dia tuh perempuan. bukak topeng muke poyo jep. 
memang terbaiklah group diorang nieyh. 
aku just ter pikir, kalaulah budak batch aku bleh menari macam diorang nieyh, agak-agak ape reaksi lady senteng tu ek??? hurmm........
pikir lah sendiri

Saturday, 11 August 2012

ramadan vs raya


rase macam baru jep kita  start puasa, da nak habis dah. Alhamdulillah dah nak raya rupanya. jumaat lepas balik naik bas and tulah my very first time bukak puasa kat dalam bas. Actually bukan dalam baslah, dekat tepi jalan. Dalam bas tu pulak adelah beberapa orang mamat and minah salih naik sekali. Diorang berborak sesame diorang dalam bahasa sepanyol and bahasa apa entah. Aku pun ape lagi bila dah my curiosity over my head, aku pun tegurlah dua orang mamat salih ni. Tanya diorang, bahasa ape yang diorang cakap, rupenye diorang gune bahasa dutch *ni kot ejaan die* and diorang nak pergi taman negara. And the rest is history. 
Pasal raya pulak, tak tahu lah ape perasaaan nak sambut raya ni macam mana. terasa undefine. terasa nak undur masa pun ade jugak sebab tak puas nak merasa kenikmatan puasa ni lagi. entah tahun depan boleh dapat lagi ke tidak bulan puasa ni. hopefully boleh lah dapat yang terbaik pada masa depan. ouh, antara bulan     Ramadan dengan Syawal, mana yang lagi best ea? tepuk dada tanya hati sendiri ye.

 

Saturday, 28 July 2012

nothin'


takdek paper sangat kot nak citer. so aku pun dengan rela hatinyer nak bagitau quotes ni untuk korang
untuk renungan bersama, heheh....

everybody loves rainbow,
nobody loves rain,
but you need a little rain 
to make a beautiful rainbow

and

change for something is good,
but change for good is something

hope you'll like it!
(^-^)v

Saturday, 14 July 2012


hmmm,esok dah nak balek skola.... 
nak balik ke tak nak?? iskiskisk. 
ape??? homework? ape tuh?? tak pernah dengar pun, =,='
ha,tu la,orang da suruh bawak balik buku, tak nak. 

*okey, cut it off,dah mengarut dah ni

minggu depan dah nak puasa, rase baru je lagi masuk tahun baru, dah nak puasa. cepatnya masa berlalu.
harap-harap ramadan kali ni azam aku tercapai iaitu nak buat sembahyang terawih 20 rakaat macam ma and abah selalu buat. *caiyok*(^-^)

so, aku doakan korang pun dapat buat banyak2 ibadah di bulan ramadan kali ni.
lastly, quotes:
jangan jadi playboy/playgirl 
yang suke bermain cinta yang tidak jujur
tetapi jadilah prayboy/praygirl
yang suke menadah tangan memohon keredhaan 
dariNya

Wednesday, 11 July 2012

nothin'


Quotes for today is :

meetin' you was a fate,
becoming your friend was a choice,
but fallin' in love with you was beyond my control
(^-^) v

Sunday, 10 June 2012

A-seram-a !!!

Cuti dah nak habis dah ke? La...rasenye baru je lagi balik rumah and jumpa semue sedare and sepupu. Hommaigadd, ma, taknak balik asrama boleh tak? plisssssssss *macam dilayan jer permintaan tuh, grrr =,="*
Tak nak berhadapan dengan :

Lady meroyan, Lady R, result >.<

Hmm, result takyah cakap lah camner, dapat agak terok giler. Kfinnee, malas cakap pasal result. Homework???
Hah?? Ala, yang tu kawtim jela... Bile ma tanye homework, sume siap walhal, hmmmm *sendiri mau ingat la*
recall, ape yang telah dibuat selama cuti ni???
  • makan
  • tidur
  • berjalan
  • melepak
  • tengok tv
  • bukak buku
  • tidur semula
  • online
  • layan maaduu
Busy gak tuh, ngehngeh :p
Arghhhh!!! Tak nak balik asrama!!!